Pernerbangan MAH 653 berlepas dari balai 22 lapangan terbang pulau pinang menuju ke lapangan terbang kuala lumpur, subang (sekarang dikenali sebagai Sultan Abdul Aziz Shah), jam menunjukkan 07:21 malam sebelum ia meneruskan pernerbangan ke singapura. Penumpang termasuk, Usahawan jepun Tomio Gotto, Menteri Pertanian Dato Ali Haji Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato Mahfuz Khalid. Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera Datuk Khalid Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Abu Bakar Othman Merican dan Duta Cuba ke Jepun Mario Garcia dan isteri dan dua pegawai bank dunia O.D Hoerr dan S.A Naime. Kapten Juruterbang ialah GK. Ganjoor dan pembantu jurutebang Kamarulzaman Jalil bersama-sama dengan puluhan penumpang dan petugas kabin. Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor. Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat Kapten Ganjoor bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.
Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan. "Pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu"! Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat. Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan. Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura. Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit. Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal. Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.
Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu. Ketika itulah mereka semua tersentak terkejut, di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja. Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan. Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara. Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh. Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat. Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu. Barang mangsa seperti bagasi pakaian, barangan keperluan bertaburan merata-rata tempat di kawasan itu, malah turut berada di kawasan perairan dan di atas pokok bakau. Cebisan daging manusia turut di temui di kawasan paya itu, pasukan mencari turut menemui daging yang tersangkut diatas pokok dikawasan itu. Kesokkan hari nya tempat itu diselubungi bau busuk mayat mangsa dan bau minyak pesawat itu, ramai yang terkejut apabila terjumpa dan ternampak cebisan daging mangsa. Dua hari selepas kejadian, selain berbeg-beg cebisan daging mayat manusia yang reput, hanya sepuluh tangan berjaya dikumpulkan pihak berkuasa, langsung tidak ditemukan sebarang tulang ditempat kejadian. Tangan milik seorang pramugari dikenal pasti oleh ahli keluarga nya kerana pada jarinya masih tersarung cincin.
Keratan akbhar, menunjukkan ahli keluarga salah seorang pramugari yang di terbunuh. Dikenal pasti oleh ahli keluarga berdasarkan cincin yang disarungkan di jarinya. |
Kawasan paya bakau, lokasi nahas. |
Pihak berkuasa mengumpul barangan mangsa. |
Beberapa spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun bertanggungjawab keatas rampasan. Namun penglibatan mereka dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Safie.
Rampasan turut dikaitkan dengan militan Vietnam, kerana sebelum itu Singapura telah menahan tiga militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air vietnam. Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap Duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba di negara lain. Terdapat spekulasi lain mengatakan kedua-dua juruterbang MH653 telah ditembak mati sebelum persawat terhempas.
Tidak ada bukti yang menyokong andaian itu di tampilkan, semua benda yang ditemui telah di x-ray dalam usaha untuk menemui bukti peluru dan senjata api. Tiada senjata atau peluru pernah ditemui.
Rampasan turut dikaitkan dengan militan Vietnam, kerana sebelum itu Singapura telah menahan tiga militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air vietnam. Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap Duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba di negara lain. Terdapat spekulasi lain mengatakan kedua-dua juruterbang MH653 telah ditembak mati sebelum persawat terhempas.
Tidak ada bukti yang menyokong andaian itu di tampilkan, semua benda yang ditemui telah di x-ray dalam usaha untuk menemui bukti peluru dan senjata api. Tiada senjata atau peluru pernah ditemui.
Memori
Kerana sukarnya mengenal pasti mangsa, mangsa-mangsa di kebumikan bersama, setelah mendapat persetujuan semua ketua agama, di satu kawasan khas yang disediakan kerajaan negeri johor di jalan kebun teh, johor bahru.
Mangsa:
Malaysia - 73
United Kingdom - 5
Jerman Barat - 4
Australia - 3
India- 3
Indonesia - 3
Cuba - 2
Afganistan - 1
Canada - 1
Greece -1
Jepun - 1
Singapura - 1
Thailand - 1
Tapak memperingati mangsa tragedi MH 653 di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. |
Tragedi Yang Tidak Dapat Di Selesaikan
Sehingga kehari ini tragedi pernerbangan MH653 yang mengorbankan 100 orang masih kekal sebagai kemalangan yang tidak dapat diselesaikan.
Selepas Kejadian
Selepas kejadian iu, Persatuan Juruterbang malaysia mengancam untuk bertindak berhenti kerja beramai-ramai pada 13 disember 1977 sebagai membantah kecuaian keselamatan lapangan terbang . Unit Keselamatan Penerbangan bahagian lapangan terbang Malaysia ditubuhkan, penerbangan mula mengunakan teknologi yang lebih baik dan sistem keselamatan secara meluas untuk mengelak insiden pesawat dirampas.
Nombor Pesawat
Sehingga hari ini, Malaysia Airlines tidak mengoperasi pernerbangan terus dari Pulau Pinang (PEN) ke Singapura (SIN), ia hanya mengoperasi pernerbangan transit yang melalui Kuala Lumpur (KUL). Nombor MH653 tidak lagi digunakan.
Sehingga hari ini, Malaysia Airlines tidak mengoperasi pernerbangan terus dari Pulau Pinang (PEN) ke Singapura (SIN), ia hanya mengoperasi pernerbangan transit yang melalui Kuala Lumpur (KUL). Nombor MH653 tidak lagi digunakan.
Oleh: bambalahei@blog
Dilarang meniru dari blog ini!
Dilarang meniru dari blog ini!
No comments:
Post a Comment