Tuesday, 5 November 2013

Misteri "Lead Masks Case" Kematian Lelaki Pemakai Topeng Pelindung Muka.

"The Lead Masks Case" atau dalam bahasa Portugis ("O Caso das Máscaras de Chumbo") adalah nama yang diberikan atas peristiwa yang membawa kepada kematian dua orang juruteknik elektronik brazil: Manoel Pereira da Cruz dan Miguel José Viana, yang mana mayat mereka ditemui pada 20 ogos 1966. 






Penemuan
Pada petang 20 ogos 1966, seorang pemuda yang bermain layang-layang di Morro do Vintém (Vintém Hill) di Niterói, Rio de Janeiro, Brazil, apabila di menemui dua mayat lelaki, dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Morro do Vitnem adalah kawasan yang sukar untuk di datangi dan pihak polis sukar untuk ke tempat mayat itu, sehingga hari berikutnya. Apabila pasukan kecil polis dan anggota bomba tiba di tempat kejadian, mereka berkata keadaan mayat-mayat pelik': Kedua-dua mereka telah berbaring bersebelahan antara satu sama lain, sedikit dilindungi oleh rumput. Mereka memakai pakaian biasa, mengunakan topeng pelindung muka, dan baju hujan. Tiada darah, tanda-tanda keganasan dan tanda-tanda pergelutan di kawasan sekitarnya. Seterusnya, pada mayat itu, polis menemui satu botol air kosong dan dua tuala basah. Buku nota kecil juga dikenal pasti, yang mengandungi petikkan cryptic, 

"16:30 estar no local determinado. 18:30 ingerir cápsulas, após efeito proteger metais aguardar sinal máscara"

"16:30 (04:30 PM) be at the agreed place. 18:30 (06:30 PM) swallow capsules, after effect, protect metals, wait for mask signal".

Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai, Manoel Pereira de Cruz dan Miguel Jose Viana, merupakan kawan baik dan juruteknik elektronik yang berkerja membaiki televisyen dari Campos dos Goytacazes, sebuah bandar beberapa batu ke timur laut Rio De Janeiro.

Imbas Kembali
Selepas penyisatan, penyiasat menyusun semula naratif kejadian yang munasabah di hari-hari terakhir mereka. Pada 17 Ogos, mereka meninggalkan rumah mereka di Campos dos Goytacazes, membawa wang tunai $2.2000, mereka mengatakan kepada keluarga mereka yang mereka perlu membeli bahan-bahan untuk kerja. Kedua-dua lelaki kemudian menaiki bas ke Niterói, dan tiba pada 14:30 (2:30 PM). Bukti menunjukkan bahawa baju hujan dan tuala telah dibeli di sebuah kedai di sana, dan satu botol air dari bar. Seorang pelayan bar, setelah di temu bual, Miguel di gambarkan "sangat gelisah dan gugup," dan perasan dia sering melihat jam tangannya. Itu adalah kali terakhir mereka dilihat masih hidup, mereka pergi terus dari bar ke tempat di mana mayat mereka ditemui. Apapun yang difikirkan mereka, ia seperti mereka sangat terburu-buru. Menurut kenyataan, bahawa kawasan itu sering dilihat terdapatnya UFO oleh penduduk tempatan. Tiga hari kemudian seorang pemuda Jorge Da Costa Alves 18 yang bermain layang-layang di atas bukit itu, ternampak satu permandangan yang mencurigakan, Jorge melihat dua susuk tubuh di pemukaan bukit yang dipenuhi semak dan rumput tinggi, keduanya mengenakan pakaian formal dan baju hujan, dua lelaki itu juga mengunakan topeng pelindung muka.





Apakah Yang Terjadi Di Bukit Vintem?
Mereka Pemburu Mahluk Asing?
Adakah Mereka Ingin Bertemu Mahluk Asing?
Adakah Mereka Ingin Membeli Bahan Logam RadioAktif Dan Membuat Pertemuan Jual Beli Di Atas Bukit Itu?
Perculikkan Mahluk Asing Atau Merentas Masa?

Terdapat laporan mengatakan yang kedua-dua nya amat taksub terhadap UFO dan merancang untuk bertemu dengan mahluk asing atau sesuatu pada hari itu. Jika benar kedua-dua mereka berfikir akan bertemu dengan mahluk asing, kenapa mereka membeli alat ganti televisyen? Kenapa mereka kembali ke bar untuk membeli air dan kembali ke rumah dan membuat kerja rutin mereka, setelah bertemu dengan mahluk asing.

Sebahagian daripada rakan-rakan rapat mereka berkata Manoel dan Miguel amat obses terhadap UFO dan elektronik, dan mereka tahu bahawa Vintem Hill adalah kawasan UFO.
Ini ditentukan lagi mengapa mereka berada 160 batu tempat bandar mereka tinggal dengan tiada bukti untuk mengatakan bahawa ia adalah pembunuhan. Jika Manoel dan Miguel dibunuh, apakah tujuannya? Kerana wang? Adakah ia bunuh diri, pemujaan ajaran sesat. Tetapi rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa membertahu, mereka tidak pernah menyebut apa-apa tentang pemujaan atau  aktiviti keagamaan.

Siapakah orang yang ingin mereka jumpa di tempat yang diaturkan? Adakah mereka ingin bertemu dengan seseorang? Adakah Bukit Vintem (Vintem Hill) tempat yang dirancang? Topeng Pelindung Muka, Tuala Basah, Baju Hujan dan Kapsul? Ujian toksikologi tidak dapat dilakukan kerana organ-organ dalaman telah hancur. Jadi tidak diketahui samada mereka berdua makan kapsul itu dan apa kandungannya.

Secara literal, tidak pasti apakah maksud nota yang ditinggalkan itu. Adakah ia bermaksud seperti ini: "Protect the metals", kemungkinan ia merujuk kepada logam yang mereka beli? "Wait for mask signal", jelas bererti mereka menunggu isyarat dari seseorang supaya memakai topeng pelindung mereka. Satu pejelasan lain adalah, mereka membuat pertemuan rahsia dengan sesorang, yang melibatkan bahan radioaktif. Namun tidak ada maksud jelas mengenai tuala, kapsul dan baju hujan. Satu lagi pejelasan ialah, mereka sedang melakukan experimen, tetapi tidak ada bukti experimen yang mereka lakukan penyebab yang membawa kepada kematian mereka, seperti bahan-bahan experimen.

Mereka mungkin telah ditipu, dibunuh dan dibuang di atas bukit itu, walaupun tidak ada bukti keganasan dan kecederaan ganas.

Ditemui mengunakan sut dan topeng pelindung muka yang digunakan untuk melindungi diri dari keracunan bahan radiasi. Menurut keluarga mangsa, kedua topeng ini dibuat sendiri oleh Manoel dan Miguel di bengkel kerja mereka, dan menyatakan ia untuk melindungi diri mereka dari radiasi. Keluarga mereka tidak tahu riadasi apa yang dimaksudkan mereka.



Sehingga hari ini, kematian Manoel dan Miguel kekal tidak dapat dijelaskan. Permeriksaan toksikologi tidak pernah dilakukan, kerana pejabat koroner penuh, dengan masa yang diambil mereka untuk ke tempat itu mengambil masa , organ dalaman terlalu reput, tiada apa-apa ujian yang dapat dilakukan lagi.


Sehingga ke hari ini, cerita ini masih rumit dengan pelbagai teori-teori seperti: mereka pemburu UFO, ingin bertemu dengan mahluk asing, membuat pertemuaan jual beli diatas bukit, membunuh diri, pembunuhan, penculikkan mahkuk asing dan merentas masa.

Oleh: bambalahei.blog
Di larang meniru dari blog ini!

No comments:

Post a Comment