Pembunuhan tersebut telah menjadi terkenal di media masa dan masyrakat Finland, kemudian menjadi tajuk utama akhbar apabila maklumat baru dan teori di kemukakan, tetapi kes itu tidak dapat diselesaikan sehingga kini.
Irmile Bjorklun Tuulikki Maki Seppo Boisman Nils Gustafsson |
- Maili Irmile Bjorklun 15 tahun - Ditikam dan dipukul.
- Anja Tuulikki Maki 15 tahun - Ditikam dan dipukul.
- Seppo Antero Boisman 18 tahun - Ditikam dan dipukul.
- Nils Wilhelm Gustafsson 18 tahun - Terselamat, mengalami kegegaran otak, hilang ingatan sementara, patah tulang rahang, tulang wajah & lebam di muka.
Suspek
Terdapat banyak suspek semasa siasatan pembunuhan Tasik Bodom, tetapi tersilap suspek ini adalah yang paling terkenal.
- Pauli Luoma - Luoma Lari dari tempat kerja berdekatan, polis menangkap dia tidak lama selepas pembunuhan itu dan di soal siasat. Polis mendapati dia mempunyai alibi yang sah. Beliau dilaporkan berada di Otaniemi pada masa pembunuhan tersebut.
- Pentti Soininen - Di jatuhi hukuman atas beberapa jenayah ganas pada tahun 1960an, Pentti Soininen si penyelenggara, pada usia 24 tahun di daerah Kuopio di dalam penjara di mengaku bahawa di telah melakukan pembunuhan berdarah tasik bodom. Pada malam malang tersebut, Soininen berumur 15 tahun tinggal berhampiran tempat pembunuhan tasik bodom. Polis menyoal siasat dia tetapi pengakuan tersebut tidak memberi cukup bukti yang banyak. Soininen seorang jiwa watak yang samar-samar, terutama ketika berada dibawah pengaruh dadah dan alkohol. Rekod jenayah lama Soininen termasuklah kecurian, menyerang dan rompakan. Pada tahun 1969, soininen mengantungkan dirinya di Toijala stesen pengangkutan banduan.
- Valdemer Gyllstrom - Salah seorang suspek utama pembunuhan adalah Karl Valdemer Gyllstrom, penjaga kiosk dari Oittaa. Beliau di ketahui membenci perkhemah dan berkelakuan agresif. Di Oittaa, Gyllstrom dikenali sebagai "Kiosk Man". Dia lemas di tasik bodom pada tahun 1969 dan semasa mabuk dia mengaku melakukan pembunuhan itu kepada jiran sebelum kematiannya, berkata: "saya membunuh mereka". Gyllstrom membuat sesuatu di perigi dihalaman rumahnya beberapa hari selepas pembunuhan dan oleh itu rumah Gyllstrom telah di periksa secara mendalam, tiada apa yang dijumpai, ditemui atau sebaliknya. Kemungkinan semua barang telah dimusnahkan dan disembunyikan. Sebagai contoh: saudara mara Gyllstrom telah mengatakan senjata utama telah di buang di dalam perigi. Menurut polis Gyllstrom mempunyai alibi pada malam pembunuhan, yang di berikan oleh isterinya . Isterinya mengatakan bahawa suaminya tidak pernah keluar dari rumah sepanjang malam. Isterinya mengatakan sebelum kematiannya suaminya mengancam akan membunuhnya sekiranya memberitahu pekara yang sebenar.
- Hans Assmann - Kebanyakan kecurigai lebih tertumpu kepada perisik KGB, Hans Assmann. Pada 06 jun 1960 beliau datang ke Hospital Pembedahan Helsinki, tingkah laku Assmann di hospital amat mencurigakan, pesakit kelihatan kotor, dengan kuku hitam dan pakaian mempunyai kesan merah. Assmann mungkin telah berbohong kepada kakitangan hospital keadaan dirinya. Dia juga berpura-pura tidak sedarkan diri, agresif dan gugup. Pakaian Assmann juga mempunyai persamaan dengan pembunuhan tasik bodom. Assmann juga mengunting rambut perang panjangnya selepas maklumat pembunuh telah didedahkan di berita. Assmann tinggal dalam lingkungan lima kilometer dari bodom yang hanya jarak singkat dari pantai tasik bodom. Kelakuannya membolehkan dia di sabitkan bersalah pada masa itu, terutamanya seperti yang di nyatakan kurator hospital pembedahan helsinki Jorma Palo serta kakitangan hospital yang lain. Polis hanya mempunyai perbincangan yang ringkas dengan Turkham, tetapi hanya mengambil sedikit bahan kerana tidak mahu memeriksa doktor dan juga tidak mengambil pakaian Assmann bagi pemeriksaan. Walaupun hakikatnya doktor yang hadir amat pasti pakaian itu mempunyai kesan terdiri daripada darah. Kemudian Palo menulis tiga buah buku mengenai Assmann dan pembunuhan. Bekas Detektif Ketua Inspektor Matti Paloaro juga mengsyaki bahawa Assmann bertanggungjawab melakukan lima pembunuhan yang lain. Assmann dikaitkan dengan kes pembunuhan Finland yang tidak dapat diselesaikan, seperti pembunuhan Kyllikki Saari's di Isojoki dan pembunuhan berganda Tulilahti di Heinavesi.
Penahanan Nils Wilhelm Gustafsson
Pada akhir mac 2004 hampir 44 tahun peristiwa itu, Nils Gustafsson telah di tangkap polis kerana disyaki membunuh tiga rakannya. Pada awal 2005, Biro Penyiasatan Finland mengistiharkan kes itu diselesaikan berdasarkan beberapa analisis baru kesan darah. Menurut kenyataan rasmi, Meletusnya perasaan cemburu dan marah Gustafsson terhadap Bjorklun teman wanita barunya. Beliau ditikam beberapa kali selepas pukulan maut, manakala dua remaja lain di bunuh kurang kejam, kecederaan Gustafsson sendiri, yang ketara teruk. Pembicaraan bermula 4 ogos 2005, pendakwaan di panggil untuk hukuman penjara seumur hidup terhadap Gustafsson. Ia berpendapat bahawa pemeriksaan semula bukti yang lama mengunakan teknik-teknik moden seperti pemprofillan DNA menimbulkan syak terhadap Gustafsson. Pembelaan berhujah bahawa pembunuhan kerja orang luar satu atau lebih. Gustafsson sepatutnya tidak mampu membunuh tiga orang berdasarkan tahap kecederaan beliau. Pada 7 oktober 2005 Gustafsson dibebaskan daripada semua pertuduhan. Sebaik pembebasannya Negara Finland membayar €44,900 kepadanya atas penderitaan mental yang disebabkan masa penahanan yang panjang.
Oleh: bambalahei.blog
Dilarang meniru dari blog ini!
No comments:
Post a Comment