Monday, 4 November 2013

Pertempuran Los Angeles

Pertempuran Los Angeles atau dalam bahasa english "Battle Of Los Angeles" juga dikenali sebagai "The Great Los Angeles Air Raid", adalah nama yang diberikan oleh sumber-sumber kontemporari kepada khabar angin serangan musuh dan tembakan meriam anti pesawat yang berlaku pada akhir 24 Februari hingga awal 25 Februari 1942 di Los Angeles, California. Walau bagaimana pun perkataan "Battle" tidak sesuai di gunakan kerana hanya satu pihak yang terlibat dan tiada tindakkan berbalas serangan terjadi, seolah-olah tiada musuh yang terlibat. Kejadian itu berlaku kurang daripada tiga bulan selepas Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia kedua akibat serangan Tentera Laut Imperial Jepun ke atas Pearl Harbor, dan sehari selepas pengeboman Ellwood pada 23 Februari.


Pada awalnya, sasaran tembakan ke udara dilepaskan kerana menganggap ia satu serangan besar dari Jepun, tetapi bercakap pada sidang akhbar sejurus selepas itu, Setiausaha Tentera Laut Frank Knox mengatakan kejadian ini sebagai "kesilapan." ("false alarm").
Surat khabar menerbitkan beberapa laporan dan spekulasi, yang tentera menyembunyikan sesuatu. Beberapa pakar UFO moden telah menyandaikan sasarannya adalah pesawat ruang angkasa ( UFO). Ketika mendokumentasikan kejadian pada tahun 1983, Pejabat Sejarah Tentera Udara Amerika mengatakan kejadian disebabkan "kegelisahan akibat perang" mungkin dicetuskan oleh belon udara cuaca yang hilang dan diburukkan lagi oleh suar sesat dan letupan peluru bersebelahan kubu anti pesawat.



Siren
Siren serangan udara dibunyikan di seluruh Daerah Los Angeles pada malam 24 dan 25 Februari 1942. Perintah untuk bergelap dikeluarkan dan beribu-ribu anggota serangan unit udara telah dipanggil untuk ke kedudukan mereka. Pada 03:16 pagi Briged ke 37 Artileri pantai mula menembak mesingan berkaliber 0,50 dan 12.8 paun peluru anti-pesawat ke udara pada pesawat yang dilaporkan, lebih 1,400 peluru telah digunakan. Juruterbang pemintas ke-4 telah dimaklumkan, tetapi pesawat mereka masih kekal di lapangan. Api peluru meriam terus berlaku sekali-sekala "jelas didengari" sehingga 04:14 pagi. Dan perintah bergelap pada 25 Februari ditarik balik pada 7:21 pagi. 

Beberapa bangunan dan kenderaan rosak akibat serpihan peluru, dan lima orang awam meninggal dunia bukan kerana peluru anti-pesawat, tiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan kereta akibat huru-hara dan dua akibat serangan jantung disebabkan oleh tekanan selama sejam, insiden itu berada di muka depan berita di sepanjang pantai Pasifik Amerika Syarikat, dan mendapat beberapa liputan media masa di seluruh negara.


Reaksi Wartawan
Selang beberapa jam serangan udara berakhir, setiausaha tentera laut Frank Knox mengadakan sidang akhbar, dia berkata " kejadian keseluruhan disebabkan penggera palsu disebabkan "kegelisahan akibat perang". Komen Knox telah diikuti oleh kenyataan dari Tentera Darat pada hari berikutnya, kepercayaan General George C. Marshall mencerminkan bahawa kejadian itu mungkin telah disebabkan oleh kapal terbang komersial yang digunakan sebagai kempen perang psikologi untuk menyebabkan keadaan panik.

Beberapa kedai-kedai akhbar kontemporari mengsyaki cubaan menyembunyikan sesuatu. Sebuah editorial bebas di Long Beach menulis, "Terdapat satu keadaan misteri tentang keseluruhan kejadian dan ternyata bahawa beberapa bentuk cubaan untuk menghentikan siasatan mengenai perkara itu." Spekulasi berleluasa cubaan menyerang kapal terbang dan pangkalan mereka. Teori termasuk pangkalan rahsia di utara Mexico serta kapal selam Jepun yang yang berada di luar pesisir dengan keupayaan membawa pesawat. Lain spekulasi bahawa kejadian itu sama ada diadakan atau dibesar-besarkan untuk memberi industri pertahanan pantai bergerak ke kawasan lain.

Perwakilan Leland Ford Santa Monica dipanggil untuk siasatan Kongres, mengatakan, "... tidak ada penjelasan setakat ini, di kategori "penuh misteri", sama ada latihan serangan, atau serangan udara untuk menimbulkan rasa takut ke atas 2,000,000 orang awam, atau serangan kerana kesilapan indentiti, atau serangan dana politik untuk menarik industri perang Southern California."

Pertalian
Pada1983, Pejabat Sejarah Tentera Udara meyimpulkan analisis bukti bahawa belon cuaca sebagai punca kepada penggera awal.

Belon Cuaca
Namun kesimpulan yang paling logik, objek itu sebagai belon udara cuaca. Supaya anggota unit penembak anti pesawat mengetahui belon udara panas di udara. Mereka di ingatkan yang kumpulan anti pesawat akan melepaskan belon-belon cuaca di udara sekitar kota setiap enam jam. Belon telah diterangi lilin tertutup oleh lapisan perak supaya ia boleh dilihat pada waktu malam.
Laporan mengatakan, seorang anggota unit penembak meriam anti pesawat telah tersalah sangka belon itu adalah pesawat yang sedia untuk menyerang, dan telah melepaskan tembakkan meriam anti pesawat.
Menariknya, satu-satunya kumpulan unit meriam anti pesawat yang tidak melepaskan tembakkan ialah Battery of the 203rd Coast Artillery Regiment, walaupun laluan objek itu berada betul-betul di atas mereka. Ini kerana, merakalah yang telah melepaskan belon udara cuaca itu pada jam 3.00 pagi. Selepas itu, para anggota kumpulan itu di perintahkan supaya tidak menyebut apa-apa tentang belon. Dan pegawai pemerintah kumpulan itu Kolonel Ray Watson dipenjarakan.

Belon Pengebom Fu-Go Jepun
Pada asalnya, anggapan bahawa ia adalah senjata rahsia jepun, dan ia menjadi bahan kajian kejadian itu.
Belon udara panas Fu-Go jepun kini dicurigai sebagai objek terbang dalam kejadian ini. Kerana belon itu hanya dilancarkan oleh pihak jepun pada tahun 1944, berbanding masa kejadian itu yang berlaku pada tahun 1942. Walau bagaimanapun kewujudan belon ini mungkin dirahsiakan. Sehinggalah serangan belon pengebom ini yang telah membunuh enam orang yang berkelah di pantai Oregon. Jika belon ini telah sampai ke Los Angeles, maka Amerika Syarikat atau jepun pasti mempunyai rekod akan bukti kewujuban ia.
Idea belon udara pengebom sebagai senjata serangan jarak jauh, lebih awal dibandingkan dengan pensenjataan lain jepun.
Dengan satu kajian British keberkesanan nya ditugaskan seawal tahun 1937. Dikenali dalam operasi Outward, ia telah diluluskan pengunaan nya pada akhir tahun 1941 dan melancarkan belon pertama pada Mac 1942, berterusan sehinggalah pendaratan D-Day dan berakhir sepenuhnya pada bulan September 1944. Walaupun ia adalah sangat tidak mungkin, jika tidak mustahil, dengan jarak pendek dan ketinggian belon yang rendah ( Ancama bahaya gangguan dari Luftwaffe ) ia telah muncul di pantai barat Amerika, itu tidak menunjukkan bahawa konsep ini sekitar tahun 1940-an awal.

Belon pengebom Fu-Go jepun.
Kesilapan Identiti
Ia juga seolah-olah tembakan peluru yang dilepaskan kerana mereka tersilap megenal pasti pesawat, dengan banyak laporan liar, kelajuan dan ketinggian objek di udara. Tentera Laut(Navy) dan Tentera Darat(Army) mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
Tentera Laut melaporkan ia "False Alarm" tiada pesawat dilaporkan berada diruang udara Los Angeles, manakala Tentera(Army) melaporkan, kemungkinan terdapat lima "pesawat ringan musuh" yang dilancarkan dari pangkalan rahsia dalam California, Mexico atau kapal selam di pesisir pantai.

Laporan Tentera
Memo dari General Marshall kepada Presiden Roosevelt.
Laporan penuh kejadian daripada Ketua Turus Tentera General Geogre Marshall kepada President Roosevelt, adalah termasuk perkara berikut:

  1. Kapal Terbang tidak dapat dikenal pasti, selain dari pesawat milik Tentera laut atau Tentera Darat(Army) yang berada diruang udara Los Angeles dan ditembak oleh  37th CA Brigade. Unit ini telah mengunakan 1430 ribu peluru.
  2. Sebanyak 15 pesawat mungkin telah terlibat, terbang pada kelajuan pelbagai, dari apa yang dilaporkan secara rasmi "Sangat Pelahan" 200Mph dan pada ketinggian 9,000 dan 18,000 kaki. 
  3. Tiada bom digugurkan.
  4. Tiada kecederaan di kalangan Tentera kita.
  5. Tiada pesawat yang ditembak jatuh.
  6. Tiada pesawat Tentera udara dan Tentera laut terlibat dalam tindakan.
Laporan Pejabat Sejarah Tentera Laut
In 1983, the Office of Air Force History concluded that meteorological balloons had likely triggered the event.
"A careful study of the evidence suggests that meteorological balloons known to have been released over Los Angeles may well have caused the initial alarm. This theory is supported by the fact that anti-aircraft artillery units were officially criticized for having wasted ammunition on targets which moved too slowly to have been airplanes."
Nervous spotters and gun crews ordered to be in a "strict state of readiness against renewed attacks" after an exchange of fire with a Japanese submarine off the coast of Santa Barbara a few days earlier are also said to have contributed to the confused shelling.

Pada tahun 1983, Pejabat Sejarah Tentera Udara menyimpulkan bahawa belon kaji cuaca mungkin mencetuskan kejadian.
"Satu bukti kajian yang teliti menunjukkan bahawa belon kaji cuaca telah dilepaskan di ruang udara Los Angeles mungkin juga telah menyebabkan penggera awal. Teori ini disokong oleh fakta bahawa unit-unit meriam anti-pesawat, secara rasmi dikritik kerana membazirkan peluru ke atas sasaran yang bergerak terlalu perlahan yang menidak mungkinkan ia sebagai kapal terbang."
Jurumeriam panik dan krew senjata diarahkan untuk berada dalam "keadaan yang bersedia, kesediaan terhadap serangan baru" selepas kejadian berbalas tembakan dengan kapal selam Jepun di luar pantai Santa Barbara beberapa hari sebelum ini juga dikatakan telah menyumbang kepada kekeliruan serangan.

Penyiasat UFO
Gambar yang disiarkan dalam Los Angeles Times pada 26 februari 1942 telah diambil oleh ahli teori konspirasi moden dan penyiasat UFO sebagai bukti kunjungan kapal ruang angkasa. Mereka menegaskan bahawa gambar itu jelas menunjukkan lampu pencari tertumpu kepada kapal angkasa asing. Walau bagaimanapun, gambar telah banyak diubahsuai oleh sentuhan semula gambar "photo retouching" sebelum penerbitan, satu amalan rutin dalam seni grafik bertujuan untuk meningkatkan kontras dalam gambar hitam dan putih Los Angeles Times, penulis Larry Harnish menyatakan bahawa gambar retouched bersama-sama dengan tajuk-tajuk utama akhbar direka sebagai bahan untuk trailer filem Battle: Los Angeles.

Oleh: bambalahei.blog
Dilarang meniru dari blog ini!

No comments:

Post a Comment